
Kenali Kami
Koperasi wanita berdaftar di Batu Sapi, Sandakan — memacu sosioekonomi wanita melalui keusahawanan.
Asal & Pendaftaran
Bermula dengan mesyuarat penubuhan pada 20 April 2014, KONISA didaftarkan secara rasmi pada 13 Februari 2015 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) — lengkap dengan sijil tauliah (No. Daftar S-4-1483).
KWBS ditubuhkan bertujuan membantu golongan wanita untuk memasarkan produk dan jualan ke peringkat global. KWBS pemangkin kecemerlangan koperasi dan anggota menjadi usahawan berjaya serta bermanfaat untuk masyarakat dan negara.

Arah Tuju
Arah tuju yang memandu koperasi dan seluruh anggotanya.
“KWBS pemangkin kecemerlangan koperasi dan anggota — melahirkan usahawan berjaya serta bermanfaat untuk masyarakat dan negara.”
Melahirkan anggota yang mampu berdikari dan saling berkongsi ilmu serta maklumat demi kejayaan bersama — terutama melalui penglibatan langsung dalam ekonomi setempat.
Menjadikan KONISA sumber ilmu dan pusat perkongsian pintar untuk anggota serta komuniti.
Menjadi wadah yang membantu ahli meluaskan sistem pemasaran produk ke pasaran yang lebih luas.
Membawa KONISA ke peringkat lebih luas dan menjalin kerjasama koperasi, agensi kerajaan serta swasta dalam rangkaian yang lebih besar.
Melahirkan usahawan jutawan dan modal insan ilmuan dalam kalangan ahli koperasi.
Menjadikan konsep rakan kongsi sebagai dasar — membentuk daya saing dan daya tahan ahli menghadapi apa jua situasi ekonomi semasa.
Semangat KONISA
“Koperasi Terbilang · Perniagaan Berkembang · Ahli Cemerlang”
Moto yang menjadi azam seluruh anggota KONISA dalam membangunkan koperasi, perniagaan dan kecemerlangan ahli bersama.