Laman Utama/Tentang Kami

Kenali Kami

Info KONISA

Koperasi wanita berdaftar di Batu Sapi, Sandakan — memacu sosioekonomi wanita melalui keusahawanan.

Asal & Pendaftaran

Koperasi wanita berdaftar sejak 2015

Bermula dengan mesyuarat penubuhan pada 20 April 2014, KONISA didaftarkan secara rasmi pada 13 Februari 2015 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) — lengkap dengan sijil tauliah (No. Daftar S-4-1483).

KWBS ditubuhkan bertujuan membantu golongan wanita untuk memasarkan produk dan jualan ke peringkat global. KWBS pemangkin kecemerlangan koperasi dan anggota menjadi usahawan berjaya serta bermanfaat untuk masyarakat dan negara.

Nama BerdaftarKoperasi Wanita Berjaya Batu Sapi Sandakan Berhad
No. Pendaftaran(S-4-1483)
Tarikh Berdaftar13 Februari 2015 — Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
LokasiBandar Karamunting, Sandakan, Sabah
Anggota KONISA di hadapan pejabat koperasi di Bandar Karamunting

Arah Tuju

Visi & misi KONISA

Arah tuju yang memandu koperasi dan seluruh anggotanya.

Visi
“KWBS pemangkin kecemerlangan koperasi dan anggota — melahirkan usahawan berjaya serta bermanfaat untuk masyarakat dan negara.”

Anggota Berdikari

Melahirkan anggota yang mampu berdikari dan saling berkongsi ilmu serta maklumat demi kejayaan bersama — terutama melalui penglibatan langsung dalam ekonomi setempat.

Sumber Ilmu & Perkongsian Pintar

Menjadikan KONISA sumber ilmu dan pusat perkongsian pintar untuk anggota serta komuniti.

Pemasaran Produk

Menjadi wadah yang membantu ahli meluaskan sistem pemasaran produk ke pasaran yang lebih luas.

Rangkaian & Kerjasama

Membawa KONISA ke peringkat lebih luas dan menjalin kerjasama koperasi, agensi kerajaan serta swasta dalam rangkaian yang lebih besar.

Usahawan Jutawan & Modal Insan

Melahirkan usahawan jutawan dan modal insan ilmuan dalam kalangan ahli koperasi.

Rakan Kongsi

Menjadikan konsep rakan kongsi sebagai dasar — membentuk daya saing dan daya tahan ahli menghadapi apa jua situasi ekonomi semasa.

Semangat KONISA

Moto kami

“Koperasi Terbilang · Perniagaan Berkembang · Ahli Cemerlang”

Moto yang menjadi azam seluruh anggota KONISA dalam membangunkan koperasi, perniagaan dan kecemerlangan ahli bersama.

Keahlian